c

Program Kesihatan Bersama Komuniti PI Kg Pandan

16 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Disember 2019, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Program Kesihatan bersama komuniti Kampung Pandan bersempena dengan cuti sekolah. Seramai 21 orang penduduk Kampung Pandan yang terlibat pada hari tersebut. Program ini diadakan bertujuan untuk membantu komuniti sekitar PI Kg Pandan untuk lebih peka terhadap tahap kesihatan mereka. Untuk program ini, pihak Optik turut terlibat bagi membuat pemeriksaan percuma untuk penduduk kampung dan mereka turut membuat promosi bagi mereka yang ingin membuat cermin mata baharu.

Pihak Great Eastern turut terlibat dengan memberi taklimat ringkas mengenai bantuan kesihatan percuma MySalam dan PekaB40 kepada penduduk. Program ini berlangsung selama 4 jam dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali